JEREBU OIII..!!!


Assalamualaikum kawan-kawan...


just nak bagitahu..jerebu makin teruk oii.. semalam aku pi muar, mak aii! agak teruk juga jerebu kt sana.. itu semalam.. harini, kat Tangkak agak tebal dan teruk jerebunya berbanding sebelum ni. pelik betul aku, sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa.. eh eh..nak bagi ramai yang sakit baru nak tutup sekolah ker?

aku yang baru nak tua ni, baru terdedah sikit dengan jerebu dah sakit-sakit tekak dan batuk..apatah lagi bebudak kecil...  kesian... lain la kalau di sekolah ada kuasa super saia..boleh keluarkan kuasa yang melindungi sekolah dari jerebu..huhuhu.. tak pun pasang kanvas satu sekolah.. rumah aku yang sentiasa tertutup tu pun boleh jerebu masukk..

tadi aku tiba-tiba terajin nak cari aras IPU area Tangkak dan Muar. nah aku bagi laman web APIMs. jadi korang semua boleh lah periksa paras IPU di kawasan korang tu setiap sejam.. macam di muar dah dikategorikan sebagai kawasan kuning; kawasan/ paras IPU tidak sihat. hmmm...IPU pun makin meningkat setiap jam..








so, korang semua..dinasihatkan pakailah topeng muka ye.. jangan pakai topeng upin ipin plak..yang kedua, banyakkan lah minum air...biar sampai terkencing sekalipun..yang penting kesihatan terjaga...ni tak, orang suruh minum air banyak-banyak dia kata, kang asyik terkencing jelah.. lagi selalu terkencinglah, lagi bagus.. agak-agak macam payah,korang perpare lah 'tena' atau botol kosong extra,, apa 'tena' tu? google lah sendiri.. lastly, jangan selalu keluar rumah.. kurang-kurangkanlah aktiviti luar rumah... mak-mak dan ayah-ayah..agak-agak jerebu tu dah teruk beno, takyah lah hantar anak pi sekolah...rehat je lah kat rumah ye..


and last but not least, jangan lupa ye kawan-kawan..kita doakan kesejahteraan negara kita.. semoga kita semua dilindungi..aminn...


oklah.aku nak cabut dulu..sebab curi-curi update blog kat opis ni..kang ada yang sergah kat belakang ni..



lots of love..
-sofiah-



Comments