pengikut setia

Saturday, September 26, 2015

Tip dicakar kucing


Assalamualaikum...

okey, harini aku nak share sikit tips kalau terkena cakaran kucing. walaupun tak seberapa tips ni tapi aku rasa sangat berguna (kot) sebab tips ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kau.. tapi kawan-kawan, ini tips untuk luka-luka kecil ye..bukan untuk luka serius.. kang tak pasal-pasal korang gegar rumah aku pula.. bukan boleh percaya korang ni..


ok first kebiasaannya, kita boleh dapat atau terima 'hadiah' cakaran kucing tu ketika:

1. time kita bergurau senda dengan kucing, dimana kucing tu dengan tak sengaja melukai kita...aduii.. al-maklong la..kucing ni bukan sedar pun kalau dia terkeluarkan kuku dia...lagi-lagi kucing yang tak pernah dipotong kukunya. boleh jadi kucing rumah atau kucing luar.

2. time kucing korang datang angin kus-kus, yakni dia terkinja-kinja, berlari sana sini tak semena-mena dan yang paling best dia siap lompat atas badan kita.. meme kuang ajaq rasanya!

3. time kucing 'monopos', monopus tu adalah istilah yang aku berikan kepada kucing yang anginnya tak pasal-pasal, tiba-tiba je nak marah dan kalau korang salah handle, meme dapat penampar dari dia lah..

4. time kucing tengah takut. biasanya ini berlaku kalau kucing tu tak biasa dengan orang luar atau kanak-kanak. korang tau la, budak-budak kalau nampak kucing, diorang kang macam kinja (jakun) sikit.. macam kucing aku, dia memang takut dengan orang luar, berdesup dia menyorok. untuk kucing yang macam ni, jangan berani-berani nak bergurau senda dengan dia. nahas lah korang..

tahap cakaran kucing ni pula bergantung kepada tahap keagresifan sesekor kucing tu dan ketajaman kukunya. so, kat bawah ni adalah gambar-gambar cakaran kucing yang aku collect dari google images..sori ye tuan gambar, aku ambil gambar korang buat sample.. ngeee:






bagi aku, luka-luka kat atas ni pun dah kira serius juga. sebab kalau luka yang biasa pun dah boleh tinggal parut apatah yang macam ni. so apa yang perlu korang buat kalau terkena cakaran aumm kucing ni.. bagi luka yang berdarah macam kat atas ni, korang kena picit luka tu bagi lagi berdarah. 

mesti korang kata aku ni gila ke apa..dah sakit kena cakar nak tambah lagi sakitnya.. ok-ok, sabar noks..sebab apa kena picit? supaya kuman-kuman atau kotoran yang ada ditempat luka tu dikeluarkan. as we all know, kuku kucing ni berbisa disebabkan oleh kuman dan kotoran yang melekat di kuku dia.. jadi kalau korang tak picit dan keluarkan darah diluka tu, CONFIRM luka korang tu lambat nak kering, akan bernanah sikit dan gatal-gatal. tapi jangan la melampau picitnya sampai terkeluar isi-isi ..hahaha! cukup setakat seminit dua..

lepas tu boleh lah basuh luka tu dengan air. kalau korang ni jenis cincai, basuhlah dengan air paip.. tapi jenis teliti sikit.. basuh dan cuci luka tu dengan air suam dan dettol atau seangkatannya...

pedih tu memang lah pedih..tapi bila korang dah kenakan luka tu dengan air bila korang nak mandi atau bila terkena air, tempat luka tu dah tak sakit dan pedih menggila..faham ye..

tapi untuk kes-kes yang lebih serius..better korang pergi ke klinik atau hospital sebab lebih selamat dan mereka semua ada ubat yang sepatutnya.. :)

aku harap tips yang cenonet ni bolehlah membantu korang semua.. again, aku nak ingatkan yang tip ini untuk luka-luka kecil ye anak-anak....

much love
-sofiah-


No comments:

Post a Comment