erkk..aku tak kejam kan?

Assalamualaikum semua..

Tadi masa nak ke tandas, aku ternampak seekor anak ciciak. Rasa macam nak tangkapppppp je.. hehe.. terus aku terasa nak bercerita pasal cicak yang aku tangkap dulu.. hehehe.. Iye..dulu aku pernah tangkap cicak kt office aku tau siap bawak balik rumah lagi kot..

tak silap aku, dalam bulan July lepas, time tu aku tengah conduct training one to one dengan seorang staff packing ni. Tiba-tiba, bedebuk seekor cicak jatuh depan aku.. terkejut, terperanjat dan termelatah aku sampai termencarut.. nasib lah staff tu perempuan. So tak malu sangat.. :B

Dah lah besar gila cicak tu, agaknya datuk cicak kot.. memang besar gila dah macam cicak tokek.. jatuh betul-betul depan aku. Nasib masa tu dia dah pengsan, agaknya terkena ‘current’ atau terkena kipas air-cond. Aku ingatkan cicak tu dah mati sebab tua.. hahaha..

Pastu aku terperanjat sekali lagi sebab tengah aku belek-belek cicak tu, tangan dia bergerak-gerak. Aku pun apa lagi, gelabah lah sebab geli dan takut cicak tu lari ke aku. Terus aku dapat idea nak tangkap cicak tu sebab nak bagi kucing aku kat rumah..



Kucing aku, cumie ni dia memang suka sangat dengan cicak. Bukan sebab nak buat pasang hidup ye.. tapi Aku tak tahu lah dia makan ke tak cicak tu..tapi kali dia tangkap cicak, yang aku Nampak dia lambung-lambung cicak tu, pukul sana pukul sini je.. pastu secebis tulang cicak pun langsung aku tak Nampak..hehe

Pasal cicak tadi, aku ni siap beria berlari ke tandas ambil penyapu nak tangkap cicak tu. Aku suruh staff tadi tu tangkap cicak, masukkan dalam beg kertas.. dapat, terus aku ikat beg kertas tu..hahaha.. geleng je staff aku tu.. well, untuk kucing kesayangan apa pun sanggup..ngee..
Dengan excited, aku balik rumah terus bagi kucing aku.. maka, tamat la riwayat cicak itu.. sekian.. erkk..aku tak kejam kan?




lotsoflove
-sofiah-





Comments